The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Reviu Perlawanan ACC Shopee Cup™ | Perlawanan Akhir (2) | Buriram United FC 2-1 Selangor FC | AGG: 3-1 | Tiada Penyesalan

May 28, 2026 - FAS

Kempen Selangor FC di pentas ASEAN berakhir selepas tewas 2-1 kepada Buriram United FC dalam Perlawanan Akhir kedua ACC Shopee Cup™, sekali gus menyaksikan keputusan agregat 3-1 memihak pasukan tuan rumah di Stadium Buriram.

Skuad Gergasi Merah beraksi dengan cemerlang dalam 20 minit awal perlawanan dengan membuat serangan demi serangan pasukan lakukan bagi mendapatkan gol awal. Minit ke-18, Syahir Bashah berjaya menjaringkan gol dari luar kotak penalti, memberi motivasi kepada pasukan untuk meneruskan perjuangan. Namun, Suphanat Mueanta berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-27. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 1-1.

Pasukan terus menyerang pada babak kedua dengan mencipta beberapa peluang berbahaya serta merekodkan tujuh percubaan tepat ke arah gol. Namun, jaringan Theerathon Bunmathan pada minit ke-55 mengembalikan kelebihan Buriram United FC. Skuad Gergasi Merah terus berusaha sehingga wisel penamat, namun gagal merapatkan jurang agregat. Buriram United FC terus mengekalkan takhta juara bertahan saingan ACC Shopee Cup™ untuk musim kedua.

Menurut Kim Pan-gon, Ketua Jurulatih Selangor FC, bangga para pemain berjaya menunjukkan identiti dan karakter pasukan biarpun terpaksa akur tidak dapat menjulang trofi saingan ACC Shopee Cup™ 2025/26.

“Pertama sekali, tahniah kepada Buriram United FC. Saya sangat bangga dengan para pemain dan prestasi yang mereka tunjukkan. Mereka bermain dengan sangat baik menentang pasukan yang kuat seperti mereka dan dari segi taktikal, mereka mengikuti pelan permainan seperti yang kami rancang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang hadir dan memberikan sokongan sepanjang perlawanan berlangsung. Secara keseluruhan, saya berasa sangat positif dan tidak mempunyai sebarang penyesalan terhadap persembahan pasukan,” positif beliau berkenaan aksi para pemain semalam.

“Musim ini, kami bekerja keras untuk membina identiti dan karakter pasukan. Para pemain menunjukkan karakter tersebut dengan penuh keyakinan dan semangat juang yang tinggi. Saya rasa kami sepatutnya beraksi dengan lebih baik ketika bermain di tempat sendiri tetapi semalam mereka menunjukkan mentaliti dan keyakinan yang baik. Saya amat bangga dengan mereka,” Kim Pan-gon akhiri sesi sidang media aksi #BRUSFC.

Pihak pengurusan Selangor FC berterima kasih tidak terhingga kepada para penyokong yang sama-sama bersorak dan memberi sokongan kepada pasukan di Buriram, Thailand semalam. Jumpa anda di musim hadapan, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!

Kesebelasan Utama: Sikh Izhan, Quentin Cheng, Nooa Laine, Faisal Halim ©, Hugo Boumous, Zikri Khalili, Safuwan Baharudin, Syahir Bashah, Mamadou Diarra, Chrigor Moraes & Vitor Pernambuco.


Pertukaran: 63’ Jeon Seung-min > Syahir Bashah, 69’ Alvin Fortes > Zikri Khalili, 80’ Mukhairi Ajmal > Quentin Cheng & 81’ Harith Haiqal > Mamadou Diarra.